Monday, June 25, 2012

Mari Bersolat..


Assalamu'alaikum semua.. Semoga berada di dalam rahmat ALLAH hendaknya..

Seperti biasa blog ni bukan untuk coretan, tetapi persinggahan untuk perkongsian info dan maklumat yang mungkin berguna kepada kita.. Dan semoga dengannya kita dapat memperbaiki diri lebih baik dari yang sebelumnya.. InsyaALLAH..

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita.. Semoga kita tidak akan mengambil ringan akan perkara ini.. Dan juga semoga ALLAH akan sentiasa membimbing kita di jalan yang diredhai-Nya.. Aminn..


Allahuakbar.. Semoga ALLAH sentiasa Memberikan kita kekuatan dan menetapkan hati kita untuk melakukan segala suruhan-Nya.. Aminn..

Aminnnn...















Monday, June 18, 2012

Kita DiPerdaya Yahudi Melalui Makanan..


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut Nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg Nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Maka kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar jangan memakan kambing kerana tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



sumber : http://scripters.ning.com/forum/topics/yahudi-menipu-kita




Apa pendapat anda? Percaya? Tak percaya? Terpulang.. Informasi ini untuk renungan bersama.. Semoga ada manfaatnya kepada kita semua..^__^



Saturday, June 16, 2012

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamu'alaikum semua.. Semoga semuanya berada di bawah Lindungan dan Rahmat ALLAH sentiasa..

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga tarikh berlakunya peristiwa paling agung dalam sejarah Islam.. Pada tanggal 27 Rejab, telah berlakunya peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W..

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Disalin dari : http://www.pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1643:israk-mikraj&catid=69:rencana

Melalui peristiwa Israk Mikraj ini, solat fardhu yang menjadi tiang agama seorang Muslim telah difardhukan.. Bermula dari 50 waktu sehingga akhirnya dikurangkan kepada 5 waktu.. Betapa Maha Pemurah dan Maha Mengasihani ALLAH itu.. Kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui bagaimana perihal makhluk ciptaan-Nya yang bernama manusia itu.. Walaupun sudah menjadi 5 waktu sahaja, masih sangat terasa berat untuk dilakukan, betul tak? Aku pun pernah mengalaminya dan melalui semua kemalasan tu.. Tapi sampai bila nak terus macam tu? Buatnya tetiba ALLAH cabut nyawa kita.. Nauzubillah.. Oleh itu marilah kita sama2 berubah wahai kawan2ku.. Aku pun bukanlah seorang hamba yang baik tetapi dalam proses mencuba untuk menjadi yang terbaik.. Semoga ALLAH Membimbing dan Memandu kita semua ke jalan yang lurus dan diredhai-Nya.. Aminn..







Thursday, June 14, 2012

Do'a Mengelakkan Fitnah Dajjal..

Assalamu'alaikum semua.. Harap2 semuanya berada di dalam keadaan yang baik dan sentiasa dirahmati ALLAH hendaknya.. InsyaALLAH..

Arini aku nak kongsi satu do'a dengan korang semua.. Do'a mengelakkan fitnah Dajjal.. Mungkin ada di antara korang yang dah tau, malah mungkin dah hafal dan amalkan.. Alhamdulillah.. Manakala bagi yang baru je tau, marilah sama2 kita amalkan.. Semoga ALLAH Melindungi kita dari fitnah Dajjal yang mungkin akan menyebabkan iman kita luruh.. Nauzubillah..

Aku pun tak nak citer panjang2 sebab tak reti sangat nak huraikan pasal Dajjal ni.. Kalo korang nak tau lebih lanjut pasal Dajjal, bolehlah cari mereka yang berpengetahuan..

Diriwayatkan oleh Imran bin Husain r.a., Nabi S.A.W bersabda maksudnya:
"Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari Dajjal."
(Riwayat Muslim No. 7582)

"Sungguh fitnah sebahagiaan dari kalian lebih aku takutkan dari fitnahnya Ad-Dajjal dan tiada seseorang dapat selamat dari finah Dajjal melainkan ia dahulu mengharungi kepelbagaian fitnah sebelumnya. Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini, baik kecil mahupun besar kecuali untuk (menjemput) fitnah Ad-Dajjal."
(Musnad Imam Ahmad No. 22215)



Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah fitnah Dajjal ini amat dahsyat dan tidak mustahil kita juga mungkin akan terpengaruh dengannya.. Salah satu cara untuk mengelakkan fitnah Dajjal ini, marilah kita sama2 mengamalkan do'a ni.. Semoga ALLAH Melindungi kita dan Menyelamatkan kita dari menjadi mangsa fitnah Dajjal kerana hanya Dia yang mampu Menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.. 




Ada dua versi do'a yang boleh kita baca dan amalkan.. Intipati dan maksudnya adalah sama.. Sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri menjadi fitnah Dajjal tapi marilah kita sama2 mengamalkan do'a ini dahulu ye.. Doa ini di baca dalam solat selepas membaca tahiyat akhir SEBELUM memberi salam..

Semoga ALLAH Memberkati, Merahmati dan Melindungi kita dunia dan akhirat.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..






Kita Sedang Diperhatikan..

Assalamu'alaikum..

Aku nak share sebuah informasi untuk kita renungkan bersama.. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaALLAH..

MALAIKAT MAUT MEMERHATI WAJAH MANUSIA 70 KALI DALAM SEHARI..

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35).

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.

SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang. Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah S.A.W juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab ALLAH sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi.

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.

ALLAH juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. "Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. "Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan ALLAH S.W.T dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana ALLAH masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia. Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. ALLAH menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih ALLAH iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.Malaikat maut mengadu kepada ALLAH betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan ALLAH dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya."Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian,"katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu ALLAH," katanya.



sumber : http://scripters.ning.com/forum/topics/malaikat-maut-memerhati-wajah



















Misteri Kehebatan Kaum Terdahulu..

Dulu masa kat sekolah korang ada belajar Sejarah kan? Sama macam aku jugak.. Sejarah ketamadunan masa tingkatan 4, kalo tak silap.. Paleolitik la, Mesolitik la, Neolitik la.. Aku pun dah lupa sebenarnya fakta tentang bila setiap ketamadunan ni bermula dan berakhir.. Maklumlah masa tu subjek Sejarah memang agak susah bagi aku.. Sebab banyak sangat fakta kena ingat.. Cuba sedaya mengingat dan memahami pun sebab nak exam.. Kalo tak, mungkin sekadar membaca.. Sebab tu la sekarang ni dah lupa..

Tapi masih ada lagi sesetengah fakta yang aku ingat pasal tamadun awal ni.. Masyarakatnya tinggal di gua.. Memakai cawat.. Bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan.. Betul tak? Adalah kot camtu kan? Selama ni dalam kepala otak aku memang fakta ni yang tersimpan dan aku percaya.. Tapi kadang2 muncul gak persoalan yang aku tak tau jawapannya sebab aku sendiri tak tau nak jawab dan tak tau katne nak cari jawapan.. Antaranya kalo zaman Paleolitik Mesolitik ni tamadun awal, bila pulak zaman Nabi Adam a.s.? Dah tu bila pulak wujudnya zaman dinasour dan zaman Nabi Adam a.s di turunkan ke bumi.. Mereka ni wujud pada zaman yang sama ke? Kalo ye, pastinya kehidupan sangat susah sebab sering terserempak dengan binatang yang merbahaya ini.. Kemudian zaman para nabi dan rasul diutuskan di muka bumi ini.. Seperti yang kita belajar ada 25 rasul yang wajib diketahui.. Masa bila pulak nabi2 dan rasul2 ni diutuskan ye? Rasanya jarak tahun bagi setiap rasul ini agak panjang juga.. Kalo 25 rasul, berapa lama tu? Korang pernah tak tertanya-tanya pasal semua ni? Aku pernah dan cuba mencari jawapan.. Cuma baru2 ni aku terjumpa website yang dapat membantu aku memahami serba sedikit jawapan daripada persoalan aku tu.. Walau apapun, tak boleh percaya bulat2.. Kena ada penyokong yang kuat, baru boleh percaya.. Dan sokongan yang paling kuat adalah kitab suci kalam ALLAH, Al-Quran..

Korang percaya tak kalo aku katakan zaman seperti kita ni pernah wujud beberapa kali.. Maksudnya suatu ketika dulu bumi ini pernah di diami oleh manusia dan teknologi mereka setanding dengan teknologi yang ada sekarang atau mungkin lebih maju.. Tetapi semakin kita berjaya, semakin kita lupa dan jauh daripada Maha Pencipta.. Kita lalai dan leka.. Kita merasakan dunia ini akan kekal selama-lamanya.. Tidak akan ada pengakhirannya.. Tidak menyedari kemurkaan ALLAH semakin menghampiri.. Setelah segala peringatan tidak diendahkan oleh manusia, tiada pilihan diberikan, ALLAH menunjukkan tanda kemurkaannya.. Kehidupan yang dahulunya megah kini hancur dalam sekelip mata.. Bangunan2 pencakar langit yang tinggi menjulang ranap menyembah bumi.. Teknologi yang amat dibangga2kan kini tidak dapat digunakan lagi.. Ibaratkan macam ni je la.. Korang beli laptop RM 5,000 tapi lepas je bencana takleh digunakan sebab sumber kuasa dah musnah.. Kembali ke kehidupan asal.. Zaman purba, dok dalam gua.. Bercucuk tanam, mengail ikan, pakai cawat.. Kiranya bencana tu sangat dahsyat la macam dalam filem 2012 tu.. Hahahaha, entah apa2 je la yang aku merepek ni kan.. Macam nak buat citer Science Fiction pulak.. Tapi kalo aku katakan ada bukti kukuh semua ni pernah berlaku, camne? Interested to know? Kita ni dikurniakan akal untuk berfikir.. Mengkaji sebelum menerima bulat2 setiap fakta yang diberikan.. Tapi aku memang bukan seorang pengkaji.. Namun aku ni seorang manusia biasa yang dikurniakan sifat ingin tahu.. Semoga dengan sifat ingin tahu itu aku mampu menjalani kehidupan ini dengan lebih bererti.. Insya ALLAH..

Aku tau tak ramai yang suka nak amik tau.. Lebih2 lagi citer2 camni.. Yang ala2 mitos semata2.. Tapi aku nak kongsi di sini sebuah cerita.. Yang berkemungkinan besar pernah berlaku di suatu masa dulu.. Sape yang pernah baca tentang peristiwa banjir besar di zaman nabi Nuh a.s.? Aku rasa kebanyakan orang pernah baca dan pernah tahu kot. Tapi mungkin apa yang korang tau dan dengar adalah Nabi Nuh menyeru umatnya supaya taat kepada ALLAH S.W.T. Tetapi kebanyakannya enggan. Lalu ALLAH Memerintahkan Nabi Nuh membina bahtera yang pada kala itu musim kemarau.. Baginda diejek oleh umatnya kerana membina bahtera di musim kemarau.. Akhirnya berlaku banjir besar yang telah menenggelamkan seluruh daratan.. Mereka yang beriman kepada ALLAH telah diarahkan naik ke atas bahtera sebelum banjir melanda, lalu selamatlah mereka.. Manakala yang enggan tidak bernasib baik.. Maka hilanglah mereka dari muka bumi ini.. Betul tak camni versi yang korang tau? Informasi yang minda aku terima dan imaginasinya memang camni la..

Tapi banyak sebenarnya persoalan yang tercetus dalam situasi macam ni. Kalo kita la, kalo nyawa dah di hujung tanduk, orang suruh buat, kita sanggup buat, betul tak? Orang suruh naik bahtera kalo nak selamat, kita buat tak? Lagi2 utusan ALLAH yang suruh. Dulu aku memang tak pernah terfikir semua ni. Maklumlah aku bukannya pengkaji seperti yang aku cakapkan tadi.. Tapi aku ada sesuatu yang nak dikongsi bersama.. Korang percaya tak kalo ternyata pada zaman Nabi Nuh a.s. tu teknologinya macam zaman kita ni.. Kiranya ada internet, ada laptop, ada handphone, pendek kata memang teknologi dah canggih sangat la.. Silap2 ada kereta terbang lagi.. Mustahil? Tidak sama sekali dengan Izin ALLAH S.W.T. Penceritaan ini di sokong oleh kalam2 ALLAH, memang tidak mustahil semua itu pernah berlaku. Klik sini untuk cerita lebih lanjut. Ingat tau aku bukan nak menyebarkan ajaran atau pemahaman sesat. Korang nak percaya atau tak, terpulang.. Gunakan akal fikiran yang telah dikurniakan Ilahi tu..

Sekali lagi sebagai renungan untuk diri aku sendiri, dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya.. Banyak tanda2 telah ditunjukkan.. Tapi adakah kita menyedarinya atau cuba menidakkannya? Cuba mencipta sesuatu yang dapat menghalang berlakunya sesuatu yang telah dirancang oleh ALLAH. Tak mustahil apa yang pernah berlaku satu ketika dahulu akan berlaku lagi.. Mungkin kali ini adalah yang terakhir.. Kita menjangkakan kiamat itu masih jauh walhal sangat dekat hingga kita tidak menyedarinya.. Bilakah itu? Wallahua'lam.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui saat dan ketikanya..



sumber : http://scripters.ning.com/forum/topics/misteri-kehebatan-teknologi















Wednesday, June 13, 2012

Dunia Dah Nazak.. Kiamat Kian Menghampiri..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya..

Diharapkan semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah Rahmat dan Lindungan ALLAH.. Hari ni taknak citer panjang2.. Just nak kongsi sesuatu dengan you all semua.. Untuk dijadikan renungan bersama.. Semoga kita semua tidak semakin hanyut.. Dan semoga ALLAH sentiasa menyedarkan dan memberikan petunjuknya kepada kita hamba yang mudah lalai dan leka ini.. Insya ALLAH..

Antara sedar dan leka, tahu dan tidak, dunia yang kita diami ini semakin menghampiri penghujungnya.. Apa maknanya tu? Suka atau tidak dunia akan menuju ke penamatnya.. Bahasa mudah, kiamat dah dekat. Bila? Aku pun tak tau tapi apa yang pasti, sudah sangat hampir.. Jumaat ni? Atau Jumaat minggu depan? Atau Jumaat bulan depan? Atau Jumaat tahun depan? Wallahua'lam.. Serius aku tak tau.. Semua itu rahsia ALLAH.. Hanya dia Yang Maha Mengetahui.. Aku bukan nak jadi ustazah dan aku mengaku aku bukanlah hamba ALLAH yang baik tapi rasanya tak salah kalo nak memulakan kebajikan.. Berkongsi sedikit pengetahuan untuk renungan aku juga..

Tanda-tanda kiamat dah dekat sangat:

1. Penaklukan Baitul-Muqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitul-Muqaddis. ~ Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ~ Sahih Muslim

3. Bermaharalela alat muzik.
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'" Baginda menjawab, "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita." ~ Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid ~ Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga. ~ Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga ALLAH mengambil orang2 yang baik ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. ~ Riwayat Ahmad

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka' (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia ~ Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja. ~ Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,"Di antara tanda2 telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar.
Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit. ~ Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu. ~ Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar. ~ Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai² ~ Sahih Muslim 


TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² YANG LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."


sumber : http://scripters.ning.com/forum/topics/dunia-di-penghujung-nyawa


Maaf sekiranya informasi ini membuatkan korang takut atau terasa aku sengaja nak menakut-nakutkan je.. Tapi inilah hakikatnya.. Di saat kita merasakan keselesaan yang seolah-olah tidak akan meninggalkan kita, di saat itulah sesuatu sedang berlaku.. Rasanya tak payah nak huraikan semua tanda2 yang disebutkan di atas.. Semuanya jelas dan terang telah dan sedang berlaku.. Semoga kita mendapat sesuatu dengan paparan ni.. Dan semoga kita sentiasa berada di bawah Lindungan Yang Maha Esa.. Aminnn..













Assalamu'alaikum..

Assalamu'alaikum semua..

Hari ni aku decide buat blog baru untuk semua ilmu dan informasi yang aku nak share dengan kawan2 semua.. Aku pun tak sure lagi info camne yang akan dikongsikan tapi rasanya more on ilmu2 yang bermanfaat kepada kita semua.. Yang dapat mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta..

Semoga apa yang bakal aku kongsikan di sini akan dapat memberikan manfaat kepada diri dan kehidupan kita.. Insya ALLAH.. Juga semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ni.. Banyak dugaan dalam hidup ni.. Sama ada kita nampak atau tidak sahaja.. Andai kita sentiasa berwaspada, Insya ALLAH kita mampu mengharungi dan menghadapinya.. Andai kita terleka, tak mustahil kita akan dihanyutkan oleh duniawi.. Nauzubillah.. Minta2 tidaklah ye.. Semoga ALLAH sentiasa membimbing dan memandu kita ke jalan yang benar dan diredhainya.. Aminnn..

Diharap kawan2 semua dapat menyinggah sebentar di blog ni tanpa perasaan takut.. Kadang2 ilmu macam ni buat orang takut.. Takut menghadapi realiti.. Takut menghadapi kenyataan yang dunia bakal berakhir.. Janganlah macam tu.. Jika kita sentiasa ingat kepada ALLAH, ALLAH juga akan sentiasa mengingati kita.. Insya ALLAH.. Sentiasalah berdo'a kepada ALLAH agar diri kita sentiasa dipelihara oleh-Nya.. Jangan takut2 ok.. Takutlah pada ALLAH S.W.T sahaja..

Selamat membaca.. ^__^