Dulu masa kat sekolah korang ada belajar Sejarah kan? Sama macam aku jugak.. Sejarah ketamadunan masa tingkatan 4, kalo tak silap.. Paleolitik la, Mesolitik la, Neolitik la.. Aku pun dah lupa sebenarnya fakta tentang bila setiap ketamadunan ni bermula dan berakhir.. Maklumlah masa tu subjek Sejarah memang agak susah bagi aku.. Sebab banyak sangat fakta kena ingat.. Cuba sedaya mengingat dan memahami pun sebab nak exam.. Kalo tak, mungkin sekadar membaca.. Sebab tu la sekarang ni dah lupa..
Tapi masih ada lagi sesetengah fakta yang aku ingat pasal tamadun awal ni.. Masyarakatnya tinggal di gua.. Memakai cawat.. Bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan.. Betul tak? Adalah kot camtu kan? Selama ni dalam kepala otak aku memang fakta ni yang tersimpan dan aku percaya.. Tapi kadang2 muncul gak persoalan yang aku tak tau jawapannya sebab aku sendiri tak tau nak jawab dan tak tau katne nak cari jawapan.. Antaranya kalo zaman Paleolitik Mesolitik ni tamadun awal, bila pulak zaman Nabi Adam a.s.? Dah tu bila pulak wujudnya zaman dinasour dan zaman Nabi Adam a.s di turunkan ke bumi.. Mereka ni wujud pada zaman yang sama ke? Kalo ye, pastinya kehidupan sangat susah sebab sering terserempak dengan binatang yang merbahaya ini.. Kemudian zaman para nabi dan rasul diutuskan di muka bumi ini.. Seperti yang kita belajar ada 25 rasul yang wajib diketahui.. Masa bila pulak nabi2 dan rasul2 ni diutuskan ye? Rasanya jarak tahun bagi setiap rasul ini agak panjang juga.. Kalo 25 rasul, berapa lama tu? Korang pernah tak tertanya-tanya pasal semua ni? Aku pernah dan cuba mencari jawapan.. Cuma baru2 ni aku terjumpa website yang dapat membantu aku memahami serba sedikit jawapan daripada persoalan aku tu.. Walau apapun, tak boleh percaya bulat2.. Kena ada penyokong yang kuat, baru boleh percaya.. Dan sokongan yang paling kuat adalah kitab suci kalam ALLAH, Al-Quran..
Korang percaya tak kalo aku katakan zaman seperti kita ni pernah wujud beberapa kali.. Maksudnya suatu ketika dulu bumi ini pernah di diami oleh manusia dan teknologi mereka setanding dengan teknologi yang ada sekarang atau mungkin lebih maju.. Tetapi semakin kita berjaya, semakin kita lupa dan jauh daripada Maha Pencipta.. Kita lalai dan leka.. Kita merasakan dunia ini akan kekal selama-lamanya.. Tidak akan ada pengakhirannya.. Tidak menyedari kemurkaan ALLAH semakin menghampiri.. Setelah segala peringatan tidak diendahkan oleh manusia, tiada pilihan diberikan, ALLAH menunjukkan tanda kemurkaannya.. Kehidupan yang dahulunya megah kini hancur dalam sekelip mata.. Bangunan2 pencakar langit yang tinggi menjulang ranap menyembah bumi.. Teknologi yang amat dibangga2kan kini tidak dapat digunakan lagi.. Ibaratkan macam ni je la.. Korang beli laptop RM 5,000 tapi lepas je bencana takleh digunakan sebab sumber kuasa dah musnah.. Kembali ke kehidupan asal.. Zaman purba, dok dalam gua.. Bercucuk tanam, mengail ikan, pakai cawat.. Kiranya bencana tu sangat dahsyat la macam dalam filem 2012 tu.. Hahahaha, entah apa2 je la yang aku merepek ni kan.. Macam nak buat citer Science Fiction pulak.. Tapi kalo aku katakan ada bukti kukuh semua ni pernah berlaku, camne? Interested to know? Kita ni dikurniakan akal untuk berfikir.. Mengkaji sebelum menerima bulat2 setiap fakta yang diberikan.. Tapi aku memang bukan seorang pengkaji.. Namun aku ni seorang manusia biasa yang dikurniakan sifat ingin tahu.. Semoga dengan sifat ingin tahu itu aku mampu menjalani kehidupan ini dengan lebih bererti.. Insya ALLAH..
Aku tau tak ramai yang suka nak amik tau.. Lebih2 lagi citer2 camni.. Yang ala2 mitos semata2.. Tapi aku nak kongsi di sini sebuah cerita.. Yang berkemungkinan besar pernah berlaku di suatu masa dulu.. Sape yang pernah baca tentang peristiwa banjir besar di zaman nabi Nuh a.s.? Aku rasa kebanyakan orang pernah baca dan pernah tahu kot. Tapi mungkin apa yang korang tau dan dengar adalah Nabi Nuh menyeru umatnya supaya taat kepada ALLAH S.W.T. Tetapi kebanyakannya enggan. Lalu ALLAH Memerintahkan Nabi Nuh membina bahtera yang pada kala itu musim kemarau.. Baginda diejek oleh umatnya kerana membina bahtera di musim kemarau.. Akhirnya berlaku banjir besar yang telah menenggelamkan seluruh daratan.. Mereka yang beriman kepada ALLAH telah diarahkan naik ke atas bahtera sebelum banjir melanda, lalu selamatlah mereka.. Manakala yang enggan tidak bernasib baik.. Maka hilanglah mereka dari muka bumi ini.. Betul tak camni versi yang korang tau? Informasi yang minda aku terima dan imaginasinya memang camni la..
Tapi banyak sebenarnya persoalan yang tercetus dalam situasi macam ni. Kalo kita la, kalo nyawa dah di hujung tanduk, orang suruh buat, kita sanggup buat, betul tak? Orang suruh naik bahtera kalo nak selamat, kita buat tak? Lagi2 utusan ALLAH yang suruh. Dulu aku memang tak pernah terfikir semua ni. Maklumlah aku bukannya pengkaji seperti yang aku cakapkan tadi.. Tapi aku ada sesuatu yang nak dikongsi bersama.. Korang percaya tak kalo ternyata pada zaman Nabi Nuh a.s. tu teknologinya macam zaman kita ni.. Kiranya ada internet, ada laptop, ada handphone, pendek kata memang teknologi dah canggih sangat la.. Silap2 ada kereta terbang lagi.. Mustahil? Tidak sama sekali dengan Izin ALLAH S.W.T. Penceritaan ini di sokong oleh kalam2 ALLAH, memang tidak mustahil semua itu pernah berlaku. Klik sini untuk cerita lebih lanjut. Ingat tau aku bukan nak menyebarkan ajaran atau pemahaman sesat. Korang nak percaya atau tak, terpulang.. Gunakan akal fikiran yang telah dikurniakan Ilahi tu..
Sekali lagi sebagai renungan untuk diri aku sendiri, dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya.. Banyak tanda2 telah ditunjukkan.. Tapi adakah kita menyedarinya atau cuba menidakkannya? Cuba mencipta sesuatu yang dapat menghalang berlakunya sesuatu yang telah dirancang oleh ALLAH. Tak mustahil apa yang pernah berlaku satu ketika dahulu akan berlaku lagi.. Mungkin kali ini adalah yang terakhir.. Kita menjangkakan kiamat itu masih jauh walhal sangat dekat hingga kita tidak menyedarinya.. Bilakah itu? Wallahua'lam.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui saat dan ketikanya..
sumber : http://scripters.ning.com/forum/topics/misteri-kehebatan-teknologi
No comments:
Post a Comment